02 March 2011

Legoland Malaysia Di buka Tahun Depan ?


Legoland Malaysia akan dibuka pada 2012 dan merupakan Legoland pertama di Asia selepas Legoland Dubai menangguhkan pembukaannya. Legoland Malaysia merupakan taman tema yang ke-6 di dunia selepas Denmark, United Kingdom, Jerman, California, dan Florida (bakal dibuka Oktober 2011). 

Taman tema yang bernilai 200 juta dibangunkan oleh IDR Resorts dengan kerjasama Merlin Entertainments di Iskandar Malaysia, diatas tanah seluas 31 hektar. Lebih 40 jenis interactive rides , pertunjukkan serta tarikan sedang dibina.15 ribu model struktur bangunan yang sedang dibangun di Pusat Pembinaan Model di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang juga berjalan lancar.

Siegfried Boerst & Zainal Ashikin Muhammad Rejab 
Model kedai - kedai di Jalan Wong Ah Fok
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDR Resorts, Zainal Ashikin Muhammad Rejab berkata "Kami akan menawarkan sekitar 50 jawatan profesional bagi pra-operasi pada 2011 dan 900 pekerja lagi menjelang pelancaran pada 2012

Ketua Pengarah Operasi Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata "Legoland Malaysia merupakan projek yang mencabar menggabungkan rides dan model bangunan serta lebih 30 juta keping lego diperlukan. Kami sedaya upaya memastikan keseronokan seisi keluarga dan kanak-kanak antara umur 2 tahun hingga 12 tahun di Asia ini.



Taj Mahal

Pejabat Perdana Menteri


Lokasi Legoland Malaysia




Senarai Legoland

Legoland Billund (Denmark)




  • merupakan Legoland yang terbesar dan tertua
  • Di bahagi kepada 9 kawasan :Duplo Land, ImaginationZone, LEGOREDO Town, Adventure Land, Miniland, Pirate Land, Lego City, Knights Kingdom dan Viking land.
  • Di buka pada tahun 1968 dan dikunjungi 1.7 juta setahun. 

Legoland Windsor (England)




  • Dibina di bekas Taman Safari Windsor, Berkshire, England pada tahun 1996.
  • mempunyai 12 kawasan semuanya :  termasuk The Beginning, Imagination Centre, Miniland, Duplo Land, Traffic, LEGO City, Land of the Vikings, Kingdom of the Pharaohs, Pirates Landing, Knights Kingdom, and Adventure Land.    
Legoland California (USA) 



  • Terletak di Carlsbad di utara San Diego, Amareka.
  • Dibuka pada 20 Mac 1999
  • Di bahagi kepada 9 kawasan : The Beginning, Dino Island, Explore Village, Fun Town, Knight's Kingdom, Miniland USA, Imagination Zone, Pirate Shores, dan Land of Adventure.
Legoland Deutschland (Jerman)



  • Terletak di Günzburg, Jerman
  • Dibuka pada 2002
  • Terbahagi kepada 7 bahagian : Imagination Center, Miniland, LEGO X-treme, LEGO City, Knights Kingdom, Adventure Land, and Land of the Pirates.

P/s: Semasa saya kecil Lego merupakan salah satu permainan kegemaran saya. Tak sabar rasanya nak pergi Legoland ni. Saya harap kita akan dapat bersaing dengan Universal Studio, Singapura. Dengar cerita Indonesia pun dah bangunkan Pulau Bintan. Ini merupakan persaingan yang sihat.


No comments: