06 March 2014

10 Fakta tentang Sesame Street (Video)

Sesame Street ialah satu siri televisyen kanak-kanak buatan Amerika Syarikat yang berbentuk pendidikan dan juga salah satu perintis kelaziman televisyen pendidikan kontemporari yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan hiburan. Sesame Street terkenal kerana watak-watakMuppetnya rekaan Jim Henson. Siri ini ditayangkan buat julung kalinya pada 10 November 1969, menjadikannya rancangan kanak-kanak paling lama dalam televisyen Amerika Syarikat. Rancangan ini diterbitkan di AS oleh pertubuhan bukan untung Sesame Workshop (dahulunya Children's Television Workshop (CTW)), yang diasaskan oleh Joan Ganz Cooney dan Ralph Rogers.
Oleh sebab pengaruh positifnya, Sesame Street menjadi salah satu rancangan berpendidikan yang paling disanjungi untuk tatapan kanak-kanak di dunia.Tiada satu pun siri TV lain yang pernah dapat menandingi tahap pengiktirafan dan kejayaannya di peringkat antarabangsa. Siri Sesame Street yang asal telah disiarkan di lebih 120 negara, di samping diterbitkan juga 25 rancangan lain yang diadaptasi darinya.[2] Sehingga tahun 2006, siri ini telah meraih 109 Anugerah Emmy, menjadikannya rancangan TV yang paling banyak meraih anugerah ini secara keseluruhan. Kira-kira 77 juta penduduk Amerika pernah menonton siri ini sewaktu zaman kanak-kanak ditayangkan di 120 negara, Sesame Street menjadi rancangan kanak-kanak yang paling ditontoni ramai di dunia.

No comments: