17 March 2011

Gila Lamborghini Dihancurkan Kerana Tak Puas Servis Yang Diberikan

Seorang lelaki di China sanggup memusnahkan sebuah kereta Lamborgini yang berharga 400k Pound kerana tidak berpuas hati dengan servis pengedar kereta ini kerana gagal membaiki enjin yang rosak. Dia sanggup mengupah beberapa orang untuk melunaskan kemarahannya....


Sumber: Daily Mail

Lagu Janji Padamu Dalam Bahasa Thai

Dalam mendengar Misteri Jam 12 aku terdengar DJ Ria ni putarkan lagu. Macam pernah dengar lagu ni. Baru aku teringat bukan ke lagu ni lagu Exist - Janji Padamu...


16 March 2011

Cool Tank Gas Berillustrasi Jepun


















Sumber: Freshome

Nuklear

Telah timbul kekalutan di kalangan kita apabila Reaktor Janakuasa Nuklear Jepun telah meletup akibat pergerakan tektonik bumi. Sejarah telah membuktikan bahawasanya nuklear itu bahaya namun ternyata tidaklah diambil iktibar apa yang telah berlaku di Chernobyl, Ukrine. Hiroshima dan Nagasaki juga pernah menjadi mangsa. Oleh itu disini aku berkongsi info serba sedikit tentang senjata nuklear....


Nuclear Weapons
Sumber: OnlineSchools.org



Kahwin vs Cinta
















Love is cuddling on a sofa.

Marriage is one of them sleeping on a sofa.
Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.
Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.
Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.
Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.
Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.
Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".
Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

:. Karya Orang Tak Bernama

16 Perkara yang Anda Tidak Tahu Tentang Tidur

16 Things You Didn’t Know About Sleep
Sumber: Psychology Degree

15 March 2011

Cool Jam Menggunakan Kuasa Air

Tanpa bateri, kuasa elektrik, atau bahan kimia dan hanya menggunakan air sahaja Bedol Water Clock boleh berfungsi. Anda hanya perlu mengisinya dengan air paip sahaja dan kuasa jam ini akan bertahan 10 hingga 12 hari.


Sumber: Bedol

Pendrive (Flash Drive) yang Cool (10 Pix)










14 March 2011

JODOH !!!




Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak berguna kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...

P/s: Ketika mengemas folder aku yang bersepah tiba-tiba aku terjumpa saya artikel yang macam best jer untuk di share. Artikel bukan aku tulis, aku ambil kat mana pun aku tak ingat... hanya berkongsi peace...

13 March 2011

Design Business Kad Yang Sangat Cool

Semasa melayan hati aku kecewa atas terpaksa menerima kekalahan meriam dengan setan merah, walaupun chong wei ke final bertemu dengan Super Dan sedikit merubat kelukaan ini. Aku mencari inspirasi untuk design bisnes card yang Is suruh aku tolong designkan. Usha punya usha aku jumpa satu web tutorialchip.com, nila hasil aku kongsi untuk inspirasi bersama yang tersangatlah kreatif....